Beberapa andaian dalam sistem totalitarianisme Totalitarianisme

Terdapat hujah yang menyatakan totalitarianisme memerlukan seorang tokoh hebat "pemimpin agung" yang disanjungi sebagai ketua sesuatu regim. Kebanyakan masyarakat totalitarian mempunyai pemimpin seperti model ini - misalnya, Hitler, Stalin, Mao Zedong, Mussolini, Pol Pot, dan Kim Il-Sung. Oleh yang demikian ramai cendikiawan tidak menganggap era-Brezhnev Soviet dan kebanyakan negara Perjanjian Warsaw sebagai totalitarian. Namun, apabila kerajaan-kerajaan ini tumbang, sebahagian besar penduduknya dan para intelek di negara tersebut mengatakan pengalaman mereka ketika itu adalah sememangnya totalitarianisme. Oleh itu, pemimpin yang berkarisma tidak semestinya perlu di dalam sistem totalitarianisme.

Kebanyakan cendekiawan dalam bidang totalitarianisme seperti Karl Popper, Hannah Arendt, Carl Friedrich, Zbigniew Brzezinski, dan Juan Linz mempunyai pandangan berbeza mengenai totalitarianisme. Namun mereka semua bersetuju terdapat beberapa elemen yang sama dalam kerajaan totalitarian. Antaranya adalah[3]:

  1. Percubaan untuk mengerahkan kesemua penduduk negara untuk menyokong ideologi rasmi negara. Semasa Rapat di Nuremberg 1934. kerajaan Nazi bawah pimpinan Adolf Hitler telah berjaya mengumpulkan lebih sejuta rakyat Jerman[4].
  2. Sikap tidak toleransi terhadap sebarang aktiviti yang bukan ke arah matlamat negara
  3. Regim Totalitarian akan mengekalkan kuasa melalui pelbagai cara seperti mewujudkan polis rahsia, propaganda melalui media yang dikawal kerajaan, menyekat kebebasan bersuara termasuk kritikan, penggunaan pengawasan yang berleluasa atau mass surveillance dan menggunakan taktik untuk menakutkan rakyat atau terror tactics.